Smart Millennium System: Bagaimana Untuk Memulakan Usaha Anda

(versi untuk pelajar kampus- Students’ Smart Community)

 

 

A. MATLAMAT

    1.   Kenapa bersama komuniti ini?

 

Anda mempunyai masa terluang yang banyak. Ada yang mengulangkaji, ada yang berjumpa kawan-kawan, dan ada juga yang Cuma membuang masa.

 

Komuniti ini adalah cuma aktiviti alternatif yang ditawarkan kepada pelajar tanpa mengira kedudukan mereka. Daripada membazirkan masa menonton VCD, berbual kosong, tidur, dan termenung, lebih baik anda menggunakan masa secara berfaedah.

 

2.   Kelebihan bersama komuniti ini:

 

·        pendapatan sampingan lumayan

·        badan yang sihat dan otak yang cerdas

·        kepemimpinan dan pengalaman kumpulan

·        meningkatkan kemahiran dan sikap

·        mengenali ramai personal baru yang membantu

 

B. SENARAI POTENSI

 

·        kenapa pelajar miskin?

-         kerana mereka memerlukan wang dan menghargainya. Berbanding pelajar yang datang dari keluarga kaya kerana mereka sudah mempunyai banyak wang.

 

·        kenapa pimpinan persatuan?

-         mempunyai pengaruh yang lebih besar. Sudah mempunyai keupayaan sebagai pemimpin dan public speaking. Mereka berkemampuan meluaskan lagi komuniti ini.

 

·        kenapa kenalan rapat?

-         anda sudah mengenali mereka dan senang untuk approach mereka.

 

·        kenapa pelajar baru?

-         mereka masih baru dan senang didekati. Biasanya mereka lebih senang menerima dari yang lebih senior. Mereka ada peluang untuk menetap di kampus lebih lama dan berpeluang membesarkan komuniti.

 

·        kenapa pemilik perniagaan?

-         mereka menghargai wang. Mereka mempunyai pemikiran perniagaan dan biasanya dapat memahami nature komuniti ini secara mudah.

 

C. JANJITEMU

 

1.   Panggilan

 

Susun ayat dan point yang hendak disampaikan melalui telefon terlebih dahulu.

 

Eg: ( “ -assalamualaikum.. Apa khabar? Saya sebenarnya ada suatu perkara yang nak bincang dengan awak. - Ada satu bisnes proposal untuk student.–nama dia SMS, satu konsep baru untuk pelajar. – tak sempat nak cerita kat sini, apa kata kalau kita jumpa dalam pukul 1 nanti di kantin fakulti, sekejap je dalam 30 minit, ok?)

 

Jika anda menggunakan telefon awam, lebih senang jika anda menggunakan fonkad.

 

Panggilan dibuat bersama dengan rakan kongsi kerana:

a.     jika ahli baru tak mampu untuk bercakap, dia akan menyerahkan kepada penaja. Dia akan belajar bagaimana untuk membuat panggilan daripada penaja.

b.     Jika orang menolak, mereka tidak akan kecewa kerana ada orang yang akan memberika motivasi.

c.     Sasarkan panggilan 2 minit: hanya tetapkan appointment, usah beri penjelasan dalam telefon dan menjawab soalan sukar.

 

2. Bertemu Muka

 

Buat janjitemu ketika waktu produktif atau waktu sibuk, atau waktu study. Kita hanya menentukan janjitemu, bukan untukmenerangkan program. Jika anda bertemu pada waktu terluang, anda perlu menerangkan program secara detail. Jika anda mempunyai persiapan lengkap, tidak mengapa. Tetapi selalunya tidak begitu.

 

Tujuan membuat janjitemu ketika waktu sibuk adalah sebagai alasan untuk tidak menerangkan skim secara detail. Anda boleh menjawab bahawa masa tidak cukup, atau anda perlu menemui orang lain.

 

Ingat skrip. Eg: (“ok, aku dah terangkan kat kau beberapa konsep penting SMS ni. Aku rasa ia sesuai untuk kau. Ini peluang untuk kita sebenarnya. Tapi kalau kau ada nak tanya, apa kata kita  jumpa semula sebab aku kena jumpa orang lain lagi, ramai yang berminat. Apa kata kalau kita jumpa esok time yang sama?”)

 

D. TERANGKAN PLAN SMS

 

1. Persiapan:

 

·        bawa semua bahan yang berkaitan

·        jangan lambat (imej buruk)

·        datang bersama senior- anda akan lebih yakin. Jika anda tidak dapat menerangkan dengan baik, maka rakan dapat membantu. Biasanya seorang lebih senang menerima daripada dua orang.

 

2. Terangkan SMS

 

a.           Ada bisnes baru yang baik untuk pelajar

b.           Smart Millennnium System

c.           Diubahsuai daripada MLM- praktikal untuk pelajar

d.           Kajian dibuat sebelum ini: kenapa  pelajar yang menceburi MLM tapi tidak berjaya? Kerana mereka perlu menjadi agen, jadi mereka kena maintain. Jumlah maintenance biasanya $500, $300, $150, $80. tidak praktikal untuk student.

e.           Tapi dengan SSC, tidak perlu semua di atas, tapi hanya $11!!

f.             Terangkan marketing plan ( SXI + SXII + SXIII)

g.           Terangkan produk- sesuai untuk students, kualiti terbaik, harga kompetitif.

h.           Tanya: apa pendapat dia? Possible atau tidak?

i.             Jika positif dan berminat, terangkan skim perndaftaran berkembar

j.             Jika negatif, berikan padanya masa untuk berfikir dan ini adalah untuk kebaikannya juga. Ambik nombor kontak dan berikan kad anda.

k.           Berikan handbill jemputan ke gathering yang akan diadakan dalam masa terdekat.

 

DO AND DON’T

 

·        maksimum janjitemu ialah 40 minit (jangan terlalu lama)

·        katakan pada dia bahawa anda hanya akan memberikan penerangan ringkas kerana anda tidak punya banyak masa dan ada janjtemu lain.

·        Jangan berlagak pandai dengan menjawab soalan yang anda tidak tahu. Jika ada, katakan bahwa dia boleh bertanya dengan upline, dan ini adalah peluang untuk menentukan janjitemu seterusnya.

·        Ingat, jangan tanya soalan yang objektif seperti “anda nak menyertai komuniti ini?”.  Atau “anda minat untuk bersama kami?”. Ini akan membawa kepada jawapan “Ya” atau “Tidak”. Jika inginkan respon, tanya soalan yang bersifat pendapat- “ Apa pendapat anda tentang komuniti ini?”. “ anda rasa sesuai tak untuk lifestyle anda?”.

 

E.  FOLLOW UP.

 

1. Preparation:

 

·        sediakan semua bahan

·        ingat kembali perbincangan sebelum ini dan perbaikinya

·        datang dengan dua orang

·        tempat terbaik (tiada gangguan)

 

2. Ceritakan tentang matlamat dan impian. (motosikal, Kereta, hanfon,komputer, buku-buku, membantu ibubapa, melancong, stail penampilan, peralatan pelajaran, makanan yang berzat, dll)

 

3. SMS adalah cara yang paling ideal untuk memenuhi impian anda.

·        maintainence cuma $11- anda menjadi ahli, pengguna, dan agen yang mendapat bonus.

·        Ada Auto Maintain dan Auto Transfer

·        Kadar bonus yang menarik

·        Bonus akan sentiasa dapat selagi ada AM+AT

·        Produk yang relevan untuk pelajar Tiada tempoh waktu yang terhad untuk mendapatkan pelanggan

·        Tiada struktur yang komplikated

·        Tiada kiraan point yang memeningkan

·        Senang dipromosi (pengalaman:14 orang dalam masa 3 hari)

 

4.Terangkan tentang perbandingan aliran pemasaran runcit dan konsep MLM. Dengan itu, ahli dapat membeli dengan harga runcit, dan juga bonus dapat diberi kepada mereka.

 

 

5. Ceritakan tentang syarikat- 100% melayu, pakar dalam bidang MLM (18 tahun dan merangka marketing plan untuk banyak syarikat), company masih baru (peluang terbaik).

 

6. Tanya masalah kesihatan dan pelajaran mereka. Kemudian terangkan khasiat produk yang sesuai untuk mereka. Bandingkan dengan harga farmasi.

 

7. Ulangi langkah ketika janji temu pertama:

 

a.           Tanya: apa pendapat dia? Possible atau tidak?

b.           Jika positif dan berminat, terangkan skim perndaftaran berkembar

c.           Jika negatif, berikan padanya masa untuk berfikir dan ini adalah untuk kebaikannya juga. Ambik nombor kontak dan     berikan kad anda.

d.           Berikan handbill jemputan ke gathering yang akan diadakan dalam masa terdekat.

 

F. PERKAKAS UNTUK FOLLOW UP

 

1. Buku:

·        marketing plan

·        buku motivasi- kalau dia tanya apa dia dapat dari buku itu, anda katakan bahwa dengan menyertai komuniti SMS, anda dapat apply tips untuk memotivasi diri sendiri.

 

2. Borang permohonan ahli dan senarai nama

3. Produk

4. Handbill dan Poster.

 

G. MEETING

 

1.   Tujuan dan matlamat

·        untuk belajar

·        unutk mendapat inspirasi dan motivasi

·        untuk menjana semula semangat

·        kuasa untuk bersama dengan yang lain

 

2. Latihan kumpulan

·        marketing plan

·        produk

·        buku-buku

·        motivasi

 

 

3. Pembinaan kumpulan

·        manual pasukan

·        manual syarikat

·        buku-buku

·        strategi

 

H. STRATEGI KAMPUS

 

·        tampal poster SMS/SSC sebanyak mungkin- kolej, kantin, asrama, bus stop, fakulti, dsb.

·        Biarkan ia jadi bualan, dan mainstream issue.

·        Pamerkan poster, risalah dan produk yang ada di bilik anda. Biarkan orang bertanya tentangnya.

·        Dengan itu mudah anda memulakan perbincangan mengenainya. Anda boleh terus memberikan penerangan kepada mereka, memberi alamat website, atau memberi handbill untuk hadir ke sessi pertemuan.

·        Kumpulan di peringkat kampus akan menentukan pertemuan mingguan atau dwi mingguan di peringkat kampus ( semua yang berminat dijemput menghadirkan diri). Pertemuan itu seeloknya mempunyai waktu dan tempat yang tetap. Seorang wakil syarikat akan ditugaskan untuk mengendalikan sessi tersebut.

·        Selepas itu, edarkan handbill kepada setiap orang yang anda kenal untuk mereka hadir ke pertemuan mingguan. Jika mampu, edarkan juga handbill kepada semua org; tak kira sama ada anda kenal ataupun tidak.

·        Approach persatuan-persatuan yang ada. Dapatkan pimpinan mereka dan jemput masuk. Kemudian, dapatkan alamanak persatuan; bilakah akan diadakan pertemuan yang ramai. Minta slot pada waktu rehat untuk menerangkan sistem SMS kepada peserta program.

 

 

I. PENGURUSAN DOKUMEN.

 

·        apabila ada yang berminat, berikan borang  kepada mereka untuk diisi. (seeloknya anda menyimpan stok borang yang cukup)

·        Selepas itu, suruh mereka sain di borang sebenar. Kemudian penaja akan mengisi borang itu berpandukan  borang salinan         tadi. Ini dapat mengelakkan kesilapan pada borang asal.

·        Dapatkan bayaran dan staple bersama dengan borang.

·        Letakkan dalam satu fail khusus untuk kemasukan.

·        Tentukan anggaran waktu bila dia akan mendapat produk.(seeloknya anda mempunyai stok sendiri)

·        Maklumkan kepadanya sessi mingguan kampus dan suruh dia khabarkan pada yang lain.

·        Dapatkan nombor telefon, dan alamat email untuk memudahkan tindakan lanjutan.

 

 

J. MAINTAINENCE

 

          Tugas untuk maintain hanya berlaku jika downline masih belum mendapat Auto Maintain ( iaitu jumlah bonus yang cukup). Jika tiada jumlah bonus ini, maka penaja hendaklah memastikan bahawa downline membuat pembelian ( paling kurang $11 sebulan). Pelbagai cara boleh dilakukan seperti panggilan telefon, email, sms, dsb.

 

K. PENUTUP

 

          Manual ini hanya sebagai garis panduan kasar sahaja. Namun para ahli SSC boleh menggunakan kreativiti masing-masing, demi menjayakan programi ini. Mungkin pada peringkat awal hasilnya kurang memberangsangkan, tapi ingat, permulaan yang buruk belum tentu menjanjikan kesudahan yang buruk. Teruskan usaha, susun perancangan jangka panjang, dan asahlah kemahiran kendiri anda. Insya Allah, kita semua akan berjaya bersama Students’ Smart Community!!

 

Kembali ke Bisnes Kit