:: Muka Utama :: Pengenalan :: Apa itu SXP? :: Soalan Lazim :: Bussines Kit :: Hubungi Kami |
Apa itu Xzeal Smart Plan?
1. Apakah sistem dalam Xzeal Smart Plan?
Xzeal Smart Plan (SXP) adalah satu sistem yang dicipta untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk melibatkan diri dengan perniagaan tanpa mengeluarkan modal yang besar. Asas utamanya ialah ‘mengguna’ produk dari syarikat secara tetap, dan membina komuniti yang turut sama mengguna produk dari syarikat. Bunyinya umpama syarikat MLM bukan? Ya, memang Xzeal menggunakan konsep yang hampir sama, cuma apa yang menarik, jumlah pembelian wajib adalah sangat rendah, serendah RM11 sebulan! Dengan hanya RM11, anda melayakkan diri anda untuk mendapat bonus daripada komuniti ini!
Berbanding dengan kebanyakan plan lain, untuk mendapatkan bonus, anda dan komuniti mesti membuat belian bulanan antara RM100 – RM300 sebulan. Jumlah itu sangat membebankan terutamanya bagi golongan yang berbelanja secara sederhana.
2. Apakah kemahiran yang anda perlukan? - Anda tidak perlu kemahiran menjual! - Anda tidak perlukan kemahiran mempromosi! - Apa yang anda perlukan ialah; kemahiran menggunakan barangan syarikat yang bermutu dan memperkenalkan kenalan anda kepada syarikat. Biarlah syarikat yang mempromosikan untuk anda dan anda akan mendapat bonus berganda! Jadi, hanya dua syarat yang anda perlukan. 1) Boleh menggunakan produk paling kurang RM11 sebulan. 2) Mempunyai kenalan yang masih hidup.
3. Siapa yang layak untuk menyertainya? Semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas
4. Apakah plan yang ada dalam syarikat ini? Ada 3 Smart yang dikenali sebagai Smart Xzeal (SX): SX 1(11NB=RM11) , SXII(33NB=RM33), dan SXIII(77NB=RM77) . Dengan memulakan pembelian dalam SXI (RM11), anda mungkin secara automatik melayakkan diri ke Smart II dan III, bergantung kepada jumlah komuniti yang anda bina.(NB=Nilai Bonus)
5. Apakah perbezaan setiap SX itu? Perbezaan dari segi jumlah belian bulanan, dan jumlah generasi yang diberi bonus. Selain itu, kadar bonus semakin meningkat di SXIII.(lihat jadual 2)
6. SX mana yang harus saya sertai dahulu?
Terpulang kepada anda. Anda boleh memulakan di SXI dengan pembelian wajib RM11 sebulan. Apabila komuniti anda berkembang, syarikat akan secara automatik memindahkan Smart anda menjadi dua SX serentak, iaitu SXI dan SXII. Begitu juga apabila komuniti semakin berkembang, anda akan juga menyertai SXIII.
Anda boleh juga memulakan dengan gabungan SXI dan SXII terus dengan jumlah belian bulanan sebanyak 11NB + 33NB= 44NB, atau dalam bentuk ringgit antara RM40 hingga RM50. Begitu juga dengan pembelian pada tiga SX serentak dengan jumlah 121NB sebulan ( RM90 – RM140).
7. Apakah pendapatan yang mungkin saya perolehi? Sila rujuk jadual di laman Pelan Jangka Panjang.
8. Apakah ada jumlah ahli komuniti yang wajib saya dapatkan dalam tempoh tertentu? Tidak! Anda layak mendapat bonus walaupun hanya ada seorang komuniti. Tiada struktur yang komplikated, tiada had masa. Yang penting, komuniti sentiasa berkembang mengikut bentuk yang bebas dan tersendiri.
9. Apakah barangan yang diedarkan oleh syarikat ini? Barangan yang berasaskan kesihatan. Antaranya, Rooibos Tea, Habbatussauda’, Omega 3, Bee Pollen, Nervine, Kolon Clenz, Shark Cartilege, Chitosan, but but nucifera, snek DHA,dan banyak lagi. Selain itu, kami juga ada barangan kosmetik seperti facial scrub + asiatica soap, sabun kambing, dll. (Rujuk di laman Produk dan Khasiat)
10. Di mana boleh mendapatkan barangan? Ahli boleh mendapatkan barangan di stokis yang berdekatan. (Rujuk di laman Senarai Stokis)
11. Apakah konsep pemasaran berkembar? Xzeal bekerjasama dengan satu lagi syarikat, iaitu SMSbiz Sdn Bhd, iaitu syarikat top up airtime melalui SMS.( Sila ke Maklumat Syarikat)
12. Berapakah yuran keahlian? Pakej keahlian 1 PK1 cuma RM11.Untuk menyertai bonus SXI, anda perlulah membuat pembelian RM11, dan anda akan mendapat sekotak Rooibos Tea yang mengandungi 20 uncang (untuk 100 cawan).
Jika anda berminat untuk menyertai syarikat lain, anda perlulah menyertai PK2 atau PK3. Penerangan boleh didapatkan menerusi plan pemasaran kami.
13. Berapakah nilai bonus keahlian dan pemasaran SXP?
* dibayar sekali setiap bulan jika ada pembelian oleh komuniti ** dibayar sekali bagi setiap 3 bulan jika bonus di SXIII melebihi RM1966, atau bila cukup RM888.00 |