:: Muka Utama :: Pengenalan :: Apa itu SXP? :: Soalan Lazim :: Bussines Kit :: Hubungi Kami |
Soalan Lazim
1. Adakah ini sistem piramid (SP)? Atau skim cepat kaya (SCK)?
Memang struktur komuniti SXP ini berbentuk seperti piramid, namun bukanlah bermakna ia termasuk sebagai ‘skim piramid’ yang dilarang oleh undang-undang. SP dan SCK (sistem yang diharamkan), adalah mengambil deposit dan untuk dilaburkan. Biasanya tiada produk diberi dan tidak perlu membina komuniti. ( walaupun kini ada SCK yang bertopengkan produk- namun harganya menjadi berpuluh kali ganda dari harga asal). Bonus yang dijanjikan adalah hasil daripada ‘keuntungan’ pelaburan. Dalam sistem ini, orang tajaan tidak akan dapat mendahului pendapatan penaja- walau sehebat manapun dia bekerja.
Pengambilan deposit mestilah berdaftar di bawah Akta Bank-bank dan Institusi Kewangan 1989 (ABIK 1989). Syaratnya sangat ketat dan mempunyai pengawasan terus oleh Bank Negara.
Tetapi Xzeal SXP adalah berdaftar di bawah Akta Jualan Langsung 1993. Pembayaran bonus bukan dari pelaburan (kerana kami tidak membuat sebarang pelaburan), tetapi adalah hasil daripada pembelian komuniti. Selagi ada komuniti anda yang membeli daripada syarikat, anda layak untuk mendapat bonus. Melalui sistem ini juga, orang tajaan mampu mengatasi penaja, dan ini sering berlaku.
Mana-mana syarikat MLM biasanya tidak boleh lari daripada komuniti berbentuk piramid- ia akan pasti berlaku, dan sepatutnya berlaku. Tidak ada salahnya dengan komuniti berbentuk sebegitu- yang salah ialah jika ia bercanggah dengan ABIK 1989.
2. Bukankah sistem ini menindas tajaan?
Tidak timbul soal sebegini. Sesiapa yang berusaha, akan mendapat hasil yang lebih. Penaja bertanggungjawab mengajak, melatih, dan mendidik tajaan, dan sudah semestinya dia layak untuk menerima ganjaran daripada syarikat. Ingat! Bonus bukanlah dibayar oleh tajaan, tapi oleh syarikat dalam bentuk ganjaran. Peratusan itu cumalah kaedah jelas untuk menentukan ganjaran tersebut kepada penaja.
3. Bagaimana untuk menjadi stokis?
Ada tiga jenis stokis yang ditawarkan. Pertama mobile stokis RM1111, dan RM3333. Komisyen untuk mobil stokis ialah 3%. Manakala nilai stokis tetap ialah RM11,111.00 dengan komisyen 7%.
4. Saya tidak pandai mempromosi. Bagaimana?
Anda tidak perlu kemahiran sebegitu. Ini kerana kami telah mencipta konsep e-zy marketing, mempromosi menggunakan teknologi elektronik. Apa yang anda perlukan ialah cuma; menyenaraikan semua kenalan anda. Kemudian, beritahu mereka berkenaan dengan sistem ini. Bagaimana? Dengan konsep e-zy marketing, maka anda dapat mempromosikan SXP menerusi VCD Xzeal, website peribadi yang berharga RM11 seumur hidup, SMS dan e-brochure percuma, serta banyak lagi. Dengan e-zy marketing, kami akan pastikan bahawa semua orang akan mampu membina empayar SXP, sehingga orang bisu pun mampu menjadi seorang maharaja!!
5. Adakah syarikat ini berdaftar?
Sudah tentu. Anda boleh membuat carian nama di www.ssm.gov.my di muka web ‘carian’. Kemudian taipkan nama syarikat. Atau anda boleh terus ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan bayaran RM10.00.
6. Saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan usaha saya dalam SXP. Bagaimana cara untuk saya melakukannya?
Anda boleh mendapatkan pelbagai buku-buku berkaitan dengan MLM dan jualan langsung. Ia juga dapat memberi panduan kepada anda. Anda boleh melihat senarai buku-buku yang ada di ruangan buku dan motivasi . anda juga boleh mendapatkan penerangan ringkas dan segera di ruangan Bagaimana untuk memulakan usaha saya.
|